25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

US Pizza tukar nama ‘KITA Pizza’ jika dapat 10,000 ‘like’

Mesti Baca

US Pizza Malaysia mengumumkan bakal menukar nama kepada ‘KITA Pizza’ jika hantaran di laman sosial, Facebook mereka mendapat 10,000 tanda suka.

Tindakan itu dibuat berikutan trend boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia ke atas produk-produk yang menyokong rejim Zionis Israel.

“Korang (kalian) nak kita tukar nama?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut menyertakan bendera Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Palestin.

US Pizza juga akan mendermakan RM1 bagi setiap resit termasuk pembelian ‘sweet and sour’ dan ia disalurkan kepada pertubuhan badan amal bantuan kemanusiaan Palestin.

Sebelum ini, jenama piza tempatan itu telah menjadi perhatian masyarakat untuk turut sama diboikot kerana disangka ia berasal dari AS kerana menggunakan perkataan US (United State).

Advertisements

Disebabkan isu berkenaan tular, Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Link Freedom Sdn Bhd, Dr Mohd Sobree Ali menegaskan cawangan US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, adalah jenama tempatan dan milik orang Islam.

“Perkataan ‘US’ dalam US Pizza membawa maksud ‘kita’ dalam bahasa Melayu dan ia benar-benar sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan.

“Bagi kedai US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor, ia adalah entiti perniagaan Muslim. Syarikat ini milik saya dan keluarga.

“Kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke restoran kami dan menikmati makanan kami yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan