25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

KPDN lupus barang rampasan RM38.53 juta di seluruh negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melupuskan barang rampasan bernilai RM38.53 juta melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menerusi kenyataan KPDN berkata, melalui tindakan penguatkuasaan, kementerian telah mengutip sebanyak RM49.04 juta hasil dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Oktober lalu dan dijadikan hasil kerajaan.

Berdasarkan statistik katanya, sebanyak 713,745 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 10,937 tindakan kes telah diambil melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM82.14 juta.

“Sebanyak RM8.22 juta kompaun juga telah dikeluarkan melibatkan 8,519 kes di seluruh negara manakala 96 kes pula melibatkan tindakan pendakwaan dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM2.3 juta.

Advertisements

“Berdasarkan kepada tindakan kes pengkompaunan dan pendakwaan tersebut, sebanyak 1,490 kes yang melibatkan barang sitaan telah dilupus dan dijadikan hasil kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KPDN berkata, pihaknya telah melantik Pusat Pengurusan Sisa Buangan Terjadual Bersepadu Kualiti Alam bagi memastikan proses pelupusan barang rampasan dilaksanakan dengan teliti, teratur dan selamat.

“Kesemua barang rampasan akan dilupuskan di loji Scheduled Waste to Energy menggunakan teknologi insinerator.

“Daripada proses tersebut ia akan menjana tenaga elektrik untuk disalurkan kepada Grid Nasional,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan