28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Kem Mutawif Integrasi Haramain lahir 42 graduan pertama

Mesti Baca

DALAM usaha melahirkan lebih ramai mutawif dan mutawifah, Kem Mutawif Integrasi Haramain (KMIH) teruja apabila berjaya melakar sejarah dengan melahirkan graduan pertama seramai 42 orang yang diiktiraf.

Pengasasnya, Abdullaah Feisal berkata, kem ini mempunyai potensi memberikan peserta terbabit dalam kerjaya mutawif atau mutawifah meskipun tidak mempunyai kelulusan dalam pendidikan agama.

Katanya, graduan akan menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah di mana bakal mutawif dan mutawifah akan merasai sendiri pengalaman mengendalikan jemaah di sana.

“Ini adalah penganjuran kali pertama diadakan oleh KMIH bagi memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pelatih dan tidak sekadar memberi penekanan kepada ilmu semata-mata.

“Saya mengambil masa selama lapan tahun sebelum menganjurkan program KMIH dan Alhamdulillah seramai 20 orang mutawif dan 22 mutawifah berjaya dianugerahkan sijil penyertaan dan pengesahan profesional mereka.

“Program ini lebih menekankan latihan praktikal mengendali jemaah di Mekah dan Madinah di mana bakal mutawif dan mutawifah juga turut sama menunaikan umrah,” katanya pada majlis graduasi KMIH yang diadakan di sebuah hotel di Ampang, baru-baru ini.

Abdullah berkata, KMIH terbuka kepada semua yang berminat untuk menceburi kerjaya mutawif dan mutawifah walaupun memiliki latar belakang kerja yang berbeza dan pelbagai sebelum ini.

Advertisements

Program itu bertujuan memberi peluang kepada semua yang mempunyai impian menjadi mutawif dan mutawifah bermula seawal usia 18 tahun dan tanpa had umur.

“Setiap peserta wajib mengikuti modul pelajaran yang disediakan sebelum berlepas ke Tanah Suci selama dua bulan.

“Peluang kerjaya sebagai mutawif dan mutawifah cukup luas disebabkan permintaan yang cukup tinggi daripada agensi umrah dan orang perseorangan.

“Malah ada di antara peserta kami daripada golongan profesional dan kini menjadi mutawifah sepenuh masa,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah juga berharap KMIH dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan mengiktiraf sijil yang dikeluarkan pihaknya.

Menurutnya, setiap modul latihan yang diguna pakai sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) negara Malaysia dan Arab Saudi. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan