26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

UCL: Arsenal tewas mengejut di tangan Lens

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL mengharungi malam yang perlu dilupakan apabila tewas mengejut kepada kelab Perancis, RC Lens, 2-1 dalam aksi Liga Juara Juara Eropah (UCL), di Stade Bollaert-Delelis, awal pagi tadi.

Lebih malang lagi, The Gunners turut kehilangan pemain utama, Bukayo Saka yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-34 kerana kecederaan otot.

Dalam aksi di Perancis, Arsenal berada di depan seawal minit ke-14 menerusi jaringan Gabriel Jesus yang menghukum kesilapan pemain pertahanan Lens.

Namun, kesilapan hantaran David Raya membawa padah apabila Adrien Thomasson melepaskan satu rembatan lencong menarik melepasi kawalan penjaga gol Sepanyol itu untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Advertisements

Arsenal cuba mengasak mencari gol kedua perlawanan namun gagal melepasi kawalan Lens yang penuh berdisiplin.

Sebaliknya, Lens berjaya memperoleh gol kemenangan pada minit ke-69 hasil jaringan penyerang, Elye Wahi dari dalam kotak penalti sekali gus memberikan tiga mata penting kepada tuan rumah.

Keputusan awal pagi tadi menyaksikan Arsenal tewas buat kali pertama dalam semua kejohanan musim ini.

Sementara itu, Lens melonjak ke tangga teratas Kumpulan B dengan empat mata, diikuti Arsenal dan Sevilla (tiga mata) manakal PSV (satu). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan