27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

RM788.13 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah memperuntukkan sebanyak RM788.13 juta dalam Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan berkata, setiap murid akan menerima bayaran sebanyak RM150 secara sekali bayar (one-off) yang akan dibayar pada Januari depan.

Katanya, bantuan tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih5.25 juta murid sekolah di negara ini.

“Bayaran akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing,” katanya hari ini.

Advertisements

Terdahulu, wujud kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutama di media sosial berhubung ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024 yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, KPM berkata, bantuan yang diberikan akan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

“Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung Belanjawan 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan