27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Jumlah penerima bantuan JKM dikhuatiri meningkat

Mesti Baca

JUMLAH penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikhuatiri meningkat jika 419 individu berusia 25 hingga 34 tahun yang diisytihar muflis tahun ini, tidak dibantu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata jumlah kes kebankrapan membabitkan golongan itu membimbangkan, apatah lagi ketika mereka baru memulakan hidup dan kerjaya pada usia berkenaan.

“Jika 419 orang bankrap pada tahun ini tidak diberikan intervensi, ia akan menjadi beban kepada negara dan jumlah penerima JKM akan terus meningkat.

“Oleh sebab itu, kita perlukan intervensi dan Parlimen mula mengorak langkah untuk mencari jalan bagaimana kita boleh membantu golongan muda ini,” katanya.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan hutang pinjaman peribadi, sewa beli perniagaan dan pinjaman perniagaan, yang gagal dilunaskan menjadi faktor utama yang menyebabkan rakyat negara ini jatuh bankrap sejak lima tahun lalu.

Faktor penyumbang itu berdasarkan kepada 49,133 kes kebankrapan yang ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018.

Mengikut statistik, sebanyak 42.24 peratus (20,754) kes kebankrapan adalah disebabkan pinjaman peribadi, diikuti sewa beli kenderaan (14.39 peratus, 7,072 kes) dan pinjaman perniagaan (14.12 peratus, 6,936 kes).

Selain itu, pinjaman perumahan (9.47 peratus, 4,653 kes), hutang kad kredit (8.01 peratus, 3,936 kes), keberhutangan lain (5.29 peratus, 2,599 kes), penjamin korporat (2.52 peratus, 1,238 kes) dan hutang cukai pendapatan (2.02 peratus, 994 kes). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan