27 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 24, 2023

Sultan Johor berkenan terima menghadap PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Perdana Menteri menghadap Sultan Johor bersempena lawatan beliau ke Johor, hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, dalam sesi mengadap tersebut, beliau menyembah maklum perkembangan terkini negara dan negeri Johor serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah – Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,”ujar beliau.

Pertemuan berlangsung kira-kira satu jam di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, dengan ketibaan Anwar pada pukul 11.20 pagi. – Edisi 9

Terkini

Kes bunuh: Polis buru dua suspek warga Sri Lanka

POLIS memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan