33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM temu pimpinan gerakan, pertubuhan Islam di Indonesia

Anwar zahir penghargaan kerana dapat berdiskusi mengenai ilmuan beserta isu dunia Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pimpinan gerakan dan pertubuhan Islam di Indonesia kerana dapat berdiskusi mengenai ilmuan beserta isu dunia Islam.

Anwar berkata, dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak di Jakarta, beliau sempat berdiskusi dan bertukar pandangan dengan para pimpinan gerakan dan pertubuhan Islam di Indonesia semalam.

“Pertemuan ini amat bermakna tatkala kami menghimbau garis sejarah permulaan saya sebagai aktivis yang pernah belajar dari hikmah tokoh Islam Indonesia seperti Bapak Mohammad Natsir dan Buya Hamka.

“Dalam perbincangan ini kami banyak menyentuh tantangan pemikiran, keilmuan, dakwah dan isu yang dihadapi dunia Islam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Antara yang hadir termasuk Ketua Umum Muhammadiyah, Haedar Nashir; Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Dr Adian Husaini; Ketua Muslimat Nadhatul Ulama (NU) merangkap Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa.

Ujar beliau, siri pertemuan dan diskusi seperti ini akan terus disemarakkan demi memperkukuh kerjasama erat Malaysia dan Indonesia.

“Dalam masa sama dapat terus memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan