24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rakyat P. Pinang perlu kekalkan gabungan PH-BN

Jika mandat diberikan sekali lagi kepada gabungan perpaduan PH-BN, taraf kehidupan rakyat dan ekonomi negeri akan terus meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT di negeri Pulau Pinang perlu mengekalkan gabungan perpaduan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Ini kerana, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang pentadbiran, kerajaan Pulau Pinang telah membuktikan bahawa mereka mampu laksanakan amanah dengan berkesan menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat.

“Saya tegaskan bahawa pentingnya untuk rakyat di Pulau Pinang mengekalkan gabungan perpaduan PH-BN di negeri ini.

“Saya yakin dan percaya jika mandat jelas diberikan sekali lagi kepada gabungan perpaduan PH-BN taraf kehidupan rakyat dan ekonomi negeri akan terus meningkat,”katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika hadir pada ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh malam tadi.

Ujar Perdana Menteri, sehingga hari ini pembangkang belum mampu menyaingi kita dalam soal pentadbiran, tatakelola yang baik dan kerancakan program-program rakyat.

“‘Track record’ dan prestasi kita di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan telah terbukti dan jauh ke depan mengangkat darjat martabat rakyat. Pilih Perpaduan!,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan