26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: Lelaki ditahan bakar bendera Pakatan Harapan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki membakar dan merosakkan bendera Pakatan Harapan (PH) serta merosakkan kain rentang yang dipasang.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, kejadian tersebut belaku di Taman Damai, Batu Arang, Selangor.

Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 435 Kanun Keseksaan mendefinisikan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan yang berharga sebanyak RM50 atau lebih.

“Jika sabit kesalahan hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan juga denda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri ditetapkan pada 12 Ogos ini dengan 97,388 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Sementara itu, Mohd. Zaini berkata, sebanyak 65 lagi laporan diklasifikasikan sebagai no offence disclosed (NOD) yang bermaksud laporan yang dibuat tidak ada berlakunya apa-apa kesalahan dan tangkapan.

Katanya, pemantauan di setiap kempen atau ceramah mendapati sebanyak 276 mendapat permit, tiada permit (tiga), ceramah permit (105) dan tiada ceramah yang tanpa permit dijalankan.

“Semua calon serta penganjur hendaklah memastikan semasa ceramah diadakan tidak menyentuh isu-isu sensitif dan fitnah.

“Di samping itu, tidak menaik turun di media sosial seperti TikTok dan sebagainya yang boleh mendatangkan provokasi terhadap parti lain dan boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan