31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pemandu ditemukan mati dalam teksinya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu teksi ditemukan mati dengan berlumuran darah di dalam kenderaan miliknya itu berdekatan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md. Din berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan di bahagian penumpang belakang dengan beberapa kesan luka di bahagian belakang badan.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut pihak polis telah menjumpai sebilah pisau di atas pelapik tempat kaki bahagian pemandu.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan,” katanya kepada media di lokasi kejadian malam tadi.

Advertisements

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tujuan bedah siasat.

Dalam pada itu katanya, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

“Suspek berusia 29 tahun telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan