25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Chelsea setuju pinjamkan Lukaku ke Roma

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA akhirnya bersetuju meminjamkan penyerang kontroversi, Romelu Lukaku ke AS Roma selepas kelab Serie A itu bersetuju membayar yuran pinjaman sebanyak RM29.4 juta semusim.

Susulan itu, penyerang berusia 30 tahun itu dijangka bersetuju dengan pengurangan jumlah gaji minggu yang diterimanya jika menyertai kelab yang berpangkalan di Rome itu.

Jumlah yang dibayar Roma sebenarnya lebih rendah berbanding permintaan The Blues yang mahukan sebanyak RM47 juta yuran pinjaman.

Bagaimanapun, pemilik, Todd Boehly bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan selepas kelab tersebut bersedia membayar gaji penuh Lukaku sekitar RM37.6 juta setahun.

Chelsea sebelum ini berhasrat menjual Lukaku musim panas ini.

Advertisements

Penyerang antarabangsa Belgium itu menolak peluang berhijrah ke Arab Saudi, kemudiannya mensabotaj perpindahan ke Inter Milan sebelum menolak peluang menyertai Juventus.

Inter pada awalnya mengemukakan sebanyak RM135 juta dan kemudian meningkatkan bidaan kepada RM152.6 juta sebelum menarik semula tawaran selepas mengetahui Lukaku mengadakan perbincangan dengan The Old Lady.

Dengan kontrak berbaki dua tahun, Chelsea berusaha keras menghantar Lukaku secara pinjaman bagi mengelakkan kelab daripada terpaksa membayar gaji yang tinggi.

Menerusi perpindahan Lukaku, The Blues dijangka membawa membawa masuk seorang lagi penyerang baharu yang berpengalaman di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antara nama yang disebut adalah dua pemain Barcelona, Raphinha dan Ferran Torres serta Emile Smith-Rowe dari Arsenal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan