26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Polis kesan suspek simbah asid ke arah peniaga roti nan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang merupakan suspek kejadian simbah asid ke arah tiga sekeluarga ketika masuk ke dalam lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya merima laporan yang memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di Pangsapuri Laksamana Jaya.

Ujarnya, siasatan awal mendapti pengadu merupakan anak kandung kepada mangsa merupakan seorang wanita tempatan berumur 60 tahun dan suami, warganegara asing berumur 37 tahun yang merupakan peniaga roti nan.

“Semasa kedua-dua mangsa bersama seorang anak lelaki berumur 14 tahun sedang masuk ke dalam lif, mereka telah datang suspek.

Advertisements

“Suspek yang merupakan seorang wanita yang tidak dikenali bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari arah luar lif dan terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah meminta bantuan orang awam untuk menghantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kann Keseksaan. 

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Mohd. Nizar Adnan di talian 013-966 1892 atau Bilik Gerakan IPD Gombak 03- 61262222,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan