29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pendaftaran eBeliaRahmah dibuka 26 Jun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BELIA berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBeliaRahmah mulai 8 pagi pada Isnin ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

“Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program ini.

“Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

Advertisements

“Selain bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

“Bantuan ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu.

“Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet,”kata MOF dalam kenyataan di sini.

Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet (Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan