30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Keputusan tawaran ke tingkatan enam diumum Isnin ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN tawaran bagi memasuki tingkatan enam untuk murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan pada Isnin ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi dalam talian tingkatan enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Katanya, murid lepasan SPM 2022 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

“Murid lepasan peperiksaan SPM 2022 yang tidak menerima tawaran ke tingkatan enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 hingga 17 Julai ini. 

“Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisements

KPM dalam pada itu memaklumkan, keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester satu 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai ini melalui portal sama. 

Ujar kenyataan itu lagi, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan pihak sekolah pada tarikh yang sama.

“Murid yang ditawarkan ke tingkatan enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B di kolej atau pusat tingkatan enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. 

“Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 25 Julai ini. KPM sentiasa berusaha untuk menawarkan peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak selaras dengan hasrat membangunkan Malaysia Madani,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan