27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Remaja ditahan didakwa rogol gadis hingga mengandung

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja lelaki dipercayai merogol remaja berusia 15 tahun sehingga mengandung dan keguguran pada 15 Mei lalu di kediaman mangsa di Murni Jaya, Layang-Layang, Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa pada jam 5.59 pagi 15 Mei lalu,  yang memaklumkan anak perempuannya melahirkan janin.

“Kira-kira jam 1.30 pagi, semasa pengadu berada di rumahnya telah mendengar anak perempuannya berusia 15 tahun menjerit kesakitan di dalam tandas.

“Pengadu lihat ada janin dalam mangkuk tandas dan kemudian mengambil janin itu serta hantar anaknya bersama janin ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat terhadap janin berkenaan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mendapati usia janin lebih kurang 28 minggu.

“Tiada kecederaan seperti tekanan, paksaan dan kecederaan luaran pada janin berkenaan.

Advertisements

“Mangsa beritahu dirogol oleh seorang lelaki warga tempatan yang dikenali tanpa kerelaan mangsa di belakang rumah mangsa,” jelasnya.

Tambahnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dibantu anggota polis Balai Polis Bemban telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap seorang remaja lelaki.

“Serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Layang-Layang, Kluang berjaya menahan remaja lelaki berusia 18 tahun untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan