30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Op Ramah awasi risiko bencana Monsun Barat Daya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) melancarkan Op Ramah bagi menangani sebarang risko dan ancaman bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, operasi itu merupakan platform jabatan atau agensi kerajaan menjalinkan kerjasama dalam memantau, mengawasi, mencegah dan mengambil tindakan dalam menangani sebarang kemungkinan ancaman dan risiko bencana. 

Ujar beliau, antaranya, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Objektif pelaksanaan Op Ramah adalah membuat rondaan dan pemantauan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti (hotspot) bagi tujuan pencegahan daripada berlakunya perkara yang lebih buruk.

“Selain itu, (Op Ramah) memberi khidmat nasihat kepada orang awam tentang perkara-perkara yang dilarang khususnya berkaitan dengan cuaca semasa Monsun Barat Daya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jabatan Meteorologi baru-baru ini memaklumkan, Monsun Barat Daya telah bermula pada 15 Mei lalu dan akan berterusan sehingga September depan. 

Advertisements

Katanya, sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat dan boleh menyebabkan situasi kemarau, jerebu, pencemaran alam atau udara dan sebagainya serta boleh mendatangkan kemusnahan kepada sektor pertanian dan menjejaskan rantaian beberapa sektor ekonomi.

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai perlu membuat laporan atau aduan kepada agensi berkaitan sekiranya terdapat perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan mahupun bencana.

Beliau berkata, APM dengan kerjasama JAS misalnya telah mengenalpasti sebanyak 169 kawasan dalam radius antara 10-30 kilometer (km) dari pejabat operasi APM yang berkemungkinan berlakunya insiden pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik, pencemaran air, membuat pemeriksaan paras air empangan dan sebagainya.

“Bagi menjayakan operasi ini, seramai 427 anggota bantuan tambahan APM tidak termasuk 10,510 anggota tugasan harian kecemasan dan bencana telah bersiap sedia untuk ditugaskan. 

“Tempoh Penugasan Op Ramah ini akan bermula pada 26 Mei dan dijangka tamat pada 30 September 2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan