26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MoT akan naik taraf Unit Logistik

Anthony berharap ia akan mewujudkan sistem logistik efektif bagi menyokong perkembangan ekonomi Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menaik taraf Unit Logistik di bawah Bahagian Dasar, kepada Bahagian Logistik bagi memudahkan penyelesaian isu dalam sektor berkenaan secara berkesan.

Menterinya Anthony Loke berkata, dengan adanya bahagian baharu itu, beliau berharap ia akan mewujudkan sistem logistik efektif bagi menyokong perkembangan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara dagang.

Namun jelasnya, pewujudan bahagian itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kerana ia akan melibatkan perjawatan baharu.

“Setakat ini, Ketua Setiausaha Kementerian telah mengangkat cadangan itu kepada KPPA (baru-baru ini) dan kita mendapat makluman positif daripada beliau.

Advertisements

“Selepas ini, kertas pertimbangan akan diangkat untuk pertimbangan daripada pihak mereka (KPPA),”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran dan Logistik Selangor (SFFLA), malam tadi.

Loke berkata, logistik merupakan satu sektor yang besar merangkumi pelbagai bidang termasuklah penghantaran dan kenderaan berat.

“Jadi dengan adanya bahagian ini, maka semua isu (berbangkit) dapat diangkat melalui penggubalan dasar yang lebih komprehensif,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan