31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Laksana dasar pendapatan boleh belanja bersih isi rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan melaksanakan peralihan dasar sosio ekonomi dari pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, menerusi penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU), ia dijangka akan mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

“Mengambil kira cabaran-cabaran ini, kerajaan perlu mengambil peluang dari momentum pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan ini untuk meneruskan fokus penstrukturan ekonomi, yang akan mengurangkan keterdedahan Malaysia kepada cabaran ekonomi Malaysia di masa hadapan.

“Sebelum ini kerajaan ada beberapa kekangan kerana bekalan data itu bersifat berpendapatan semata-mata.

“Minggu ini kerajaan mengumumkan penubuhan PADU yang akan beri tumpuan khusus untuk bina maklumat sehingga ke peringkat pendapatan boleh belanja bersih isi rumah,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Selain itu, katanya, penstrukturan sektor tenaga untuk mengalih campuran tenaga elektrik (energy mix) kepada tenaga boleh baharu (TBB) turut akan berjalan.

Beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa dasar baharu bulan ini termasuk membenarkan eksport tenaga boleh baharu rentas sempadan dan peruntukan awal sebanyak RM50 juta untuk mempercepatkan pemasangan solar di bangunan-bangunan kerajaan.

“Pengumuman seterusnya yang akan dibuat dalam masa terdekat adalah langkah-langkah kerajaan mempermudahkan dan menyebarluaskan penggunaan solar di kediaman domestik untuk menggalakkan lebih banyak isi rumah mempunyai kemudahan solar.

Advertisements

“Ini bertepatan dengan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi elektrik agar subsidi elektrik dikekalkan kepada kumpulan B40 dan M40.

“Sementara kumpulan pengguna kediaman dari T20 yang menggunakan elektrik pada kadar yang tinggi akan mula membayar pada tarif yang lebih hampir dengan harga pasaran,”katanya.

Jelas beliau, pendekatan bersepadu ini, iaitu dengan memudahkan dan menggalakkan pemasangan solar kepada kumpulan isi rumah yang mampu, dijangka akan membantu mengimbangi kesan kenaikan tarif kepada isi rumah berpendapatan tinggi (yang dianggarkan sekitar 10 peratus dari majoriti isi rumah di Malaysia).

Sementara itu, Rafizi berkata, Kementerian Ekonomi akan menyelaraskan dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi agar kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek mesra rakyat di seluruh negara.

“Ini sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara, sementara projek- projek baru yang diluluskan di dalam Belanjawan 2023 mula dilaksanakan.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut menyambut baik pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama 2023 yang mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu.

“Pencapaian ini lebih baik berbanding ramalan penganalisis ekonomi yang meletakkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus bagi suku tersebut.

“Sementara pertumbuhan ini melebihi jangkaan umum, saya sedia maklum bahawa negara berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi global yang akan terus mempengaruhi permintaan kepada eksport Malaysia, terutamanya dalam suku- suku yang akan datang,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan