27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Sevilla bangkit kecewakan United

Dua gol sendiri menyukarkan The Red Devil untuk mara ke separuh akhir apabila bertandang ke gelanggang lawan nanti.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DUA gol sendiri di hujung perlawanan menghukum Manchester United untuk meraih bekalan selesa setelah seri 2-2 menentang Sevilla dalam aksi Piala Europa di Old Trafford, sebentar tadi.

Marcel Sabitzer membuka tirai jaringan buat tuan rumah seawal minit ke-14 menerusi satu rembatan kencang kaki kiri hasil hantaran Bruno Fernandes.

Selang 7 minit kemudian, Marcel Sabitzer sekali lagi menggembirakan kem United menerusi jaringan ke duanya hasil hantaran Anthony Martial.

Bersambung babak kedua,  Sevilla mula meningkatkan intensiti permainan untuk memburu gol dan merapatkan jurang dari ketinggalan dua gol.

Advertisements

Sevilla berjaya meraih gol pertama pada minit ke-83 menerusi jaringan sendiri Tyrell Malacia yang tertampan bola sepakan pemain Sevilla.

United sekali lagi dihukum menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-93 menerusi jaringan sendiri Harry Maguire.

Aksi timbal balik kedua- dua padukan bakal berlangsung di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan, Sevilla pada 21 April ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan