28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perdana Menteri macam raja – Tun M

Sifatkan ramai pemimpin berlumba-lumba mahu menjadi PM biarpun tidak mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin nombor satu negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TUN Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kebanyakan pemimpin ketika ini berlumba-lumba mahu menjadi Perdana Menteri kerana kekuasaan jawatan itu diibaratkan seperti Raja.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti.

Katanya, sewaktu tuntutan kemerdekaan dahulu, semua bersetuju mengadakan Raja Berperlembagaan dan Dewan Parlimen berkuasa namun itu telah berakhir.

“Tak akan semua ahli Dewan Rakyat berkuasa. Kita tentukan wakil rakyat yang mendapat sokongan ramai menjadi Perdana Menteri dan berkuasa.

“Wah, jadi Perdana Menteri macam jadi raja. Ada aturan peraturan tetapi siapa nak tegur. Buat sahajalah, mereka yang tegur rasa padahnya.

“Dalam sistem demokrasi siapa pun boleh jadi Perdana Menteri, asal dapat sokongan majoriti, tidak susah,” katanya menerusi akaun media sosialnya hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu Dr. Mahathir dengan sinis berkata, kredibiliti dan pengalaman tidak diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri ketika ini.

Ini kerana kata beliau, mereka tidak mempedulikan masa depan negara asalkan dapat penuhi impian peribadi untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Selain itu, pelbagai cara boleh digunakan untuk meraih undi atau sokongan orang sekeliling termasuk menabur duit, memberikan jawatan dan sebagainya.

“Tumbuk rusuk – bagi duit, tidak cukup duit, curilah. Tidak bagi duit, bagi jawatan. Apa susahnya, tidak tahu jadi Perdana Menteri, okay. Itu tidak penting.

“Yang penting aku jadi Perdana Menteri. Ramai aku-aku hendak jadi Perdana Menteri. Tubuh parti, tubuh parti. Nah, ramai boleh jadi Perdana Menteri, apa jadi pada negara pedulikan. Aku jadi Perdana Menteri,” coretnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan