30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pembahagian kerusi BN-PH selesai selepas Aidilfitri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROSES pembahagian kerusi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dijangka selesai selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi suai kenal antara pemimpin kedua-dua gabungan parti komponen itu di peringkat bahagian dengan duduk semeja bagi membincangkan persediaan.

“Kita kena kenal pasti bagaimana nak buat di sesuatu kawasan atau bahagian itu dan kemudian bila kita selesai bab pembahagian kerusi dan sudah buat keputusan siapa bertanding di mana, selepas itu kita tentukanlah cara nak buat kerja,” katanya pada sidang media di Sungai Petani, Kedah semalam.

Mahdzir terdahulu menghadiri majlis Sidang Meja Bulat Perpaduan 2023 yang dihadiri pimpinan BN dan PH peringkat negeri dan bahagian bertujuan bersuai kenal dalam kalangan pemimpin kedua-dua gabungan itu di pelbagai peringkat serta mengukuhkan kerjasama menjelang PRN nanti.

Sementara itu, Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya berharap pembahagian kerusi itu dapat diselesaikan sebelum Konvensyen Perpaduan peringkat Kedah yang akan diadakan pada 20 Mei ini.

Advertisements

Sementara itu, Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya berharap pembahagian kerusi itu dapat diselesaikan sebelum Konvensyen Perpaduan peringkat Kedah yang akan diadakan pada 20 Mei ini.

Beliau berkata, selepas sesi meja bulat yang diadakan semalam, BN dan PH akan membentuk Majlis Pimpinan Perpaduan di peringkat Parlimen atau bahagian bagi menentukan gerak kerja bagi menghadapi PRN itu.

Mahfuz berkata, selepas selesai soal pembahagian kerusi, BN dan PH akan menentukan calon Menteri Besar untuk dijadikan sebagai poster boy bagi menghadapi calon Perikatan Nasional (PN).

“Kita akan bincangkan selepas ini siapa calon MB, yang pasti bukan saya, kita tak bincang (calon Menteri Besar) lagi sebab kita nak selesaikan dahulu (pembahagian) kerusi. Selepas itu insya-Allah kita akan tentukan, tapi yang penting calon MB kita daripada gabungan perpaduan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan