Monday, July 20, 2026

Gempa bumi kuat landa Sumatera Selatan

Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul 4 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.

“Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan  https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9

Sementara itu, di ruangan komen hantaran MetMalaysia berkenaan, banyak warganet mengakui merasai gegaran antaranya di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang.

Malah, ada juga yang menyemak hantaran di MetMalaysia berikutan mahu memastikan gegaran yang dirasai berhubung kait dengan gempa bumi di mana-mana lokasi berdekatan.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan