26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Cuaca buruk di beberapa negeri petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri, petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

“Perak, kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Pahang adalah di Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera manakala di Selangor pula, kawasan terlibat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin serta kawasan Jasin di negeri Melaka.

“Ramalan sama dijangka melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak seperti Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang manakala negeri Sabah pula kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Lahad Datu),” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan