24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPM cadang kenaikan kadar bantuan makanan prasekolah

KPM telah mengemukakan cadangan kenaikan BMP untuk pertimbangan dalam pembentangan Bajet 2023, bulan depan kerana kadar sekarang murid tidak mendapat nutrisi secukupnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan kadar Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) dinaikkan kepada RM2.50 di Semenanjung dan RM2.75 bagi Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini, BMP berkenaan ditetapkan pada kadar RM2.00 di Semenanjung dan RM2.25 di Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata, KPM telah mengemukakan cadangan kenaikan BMP untuk pertimbangan dalam pembentangan Bajet 2023, bulan depan kerana kadar sekarang murid tidak mendapat nutrisi secukupnya.

“Kami akan perjuang untuk memohon kenaikan kadar BMP itu untuk memastikan nutrisi dan murid yang pergi prasekolah mendapat manfaat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Fadhlina ketika dalam ucapannya berkata, pelbagai inisiatif memperkasakan pendidikan prasekolah antaranya menambah bilangan kelas pada setiap tahun, meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).

“Sebanyak 118 kelas prasekolah akan dibuka Mac ini di seluruh negara termasuk di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pendalaman dengan infrastruktur, guru dan enrolmen murid.

“Dari segi perincian akan dimaklumkan kemudian. Tambahan kelas prasekolah itu kali ini adalah luar biasa (paling banyak),” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus memastikan pendidikan prasekolah diberikan perhatian khusus dan perlu diperkasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan