25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bekas pegawai khas mantan ADUN meninggal dunia dalam MPV

Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bekas pegawai khas kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.14 pagi.

Menurutnya, ketika ditemui lelaki berusia 52 tahun itu tidak sedarkan diri dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

“Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Suffian berkata, mangsa yang memandu Proton Exora dipercayai mendapat serangan jantung sehingga kenderaan dipandunya terbabas di tempat kejadian.

“Pegawai Perubatan hadir di lokasi dan mengesahkan kematian mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan