28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

UMNO bukan parti keluarga, wajar pertandingan semua jawatan

Sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, imej UMNO akan tercalar dan orang luar akan mentertawakan parti keramat orang Melayu ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“INI bukannya parti keluarga. Ini parti yang mempunyai ahli lebih 3 juta. Jadi amat tidak wajar, perkara ini (jawatan tak dipertandingkan) dibiarkan,” kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, UMNO wajar mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu termasuklah dua jawatan penting iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun hadapan.

“Sewajarnya UMNO menyuburkan amalan demokrasi dengan tidak menyekat kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan kerana UMNO memiliki lebih tiga juta ahli, katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, ketika ini desas-desus berlegar di kalangan ahli UMNO yang satu usul khas akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) agar kedua-dua jawatan berkenaan diterima parti untuk tidak dipertandingkan.

“Semasa 13 Disember lalu, notis khas dikeluarkan oleh Setiausaha Agong UMNO tentang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 13 Januari 2023 seakan-akan ingin membiarkan perkara ini berlaku dan ini sebenarnya akan merencatkan lagi demokrasi parti.

“Ini bukan parti keluarga. Ini parti yang mempunyai ahli lebih 3 juta. Jadi amat tidak wajar, perkara ini dibiarkan.

“Hari demi hari, semakin kuat kedengaran ura-ura satu usul khas akan dibahas seterusnya diluluskan dalam Perhimpunan tersebut, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO akan datang.

“Saya melihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian (Beruas, Sungai Besar dan Pasir Salak) yang secara jelas sebut tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan tahun depan, mahupun secara samar-samar cadangkan sebegitu,” katanya.

Muqharabbin berkata, sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, imej UMNO akan tercalar dan orang luar akan mentertawakan parti keramat orang Melayu ini.

Advertisements

“Sekiranya benar, UMNO jelas makin hilang arah dan identiti perjuangan. Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas kalah teruk PRU15.

“Kita bukan menang besar semasa PRU15. Sekiranya menang sekalipun, ianya tetap wajar dipertandingkan.

“Setiap tiga tahun kita mengadakan pemilihan parti. Kali terakhir tahun 2018, 150,000 perwakilan mengundi memilih pimpinan baharu di peringkat Bahagian dan Pusat.

“Jika dulu sebelum PRU15 kita tidak mengadakan pemilihan atas alasan tidak mahu perpecahan dalam parti dan fokus PRU, sekarang pun tidak boleh? Habis bilanya nak ada pemilihan parti?

This is a mockery to our party’s constitution. Ahli akan marah, rakyat pula gelakkan kita dari luar,” katanya.

Mengimbas pemilihan UMNO pada tahun 2018, Muqharabbin berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menang jawatan Presiden UMNO setelah Barisan Nasional kalah buat pertama kalinya dalam PRU14.

“Presiden kita sekarang, Zahid Hamidi juga Presiden pertama yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada tahun 2018 selepas kali terakhir jawatan ini dicabar dalam pemilihan parti tahun 1987.

“Ia bukti UMNO semakin matang dan demokratik seiring usianya. Tiada pun masalah timbul tahun 2018. Yang menang dihormati, yang tewas kekal bersetia.

“Jadi, kenapa kita tiba-tiba ingin ambil langkah kuno ke belakang? Sedangkan, kita kalah teruk PRU15, yang jelas lebih menuntut perubahan dan pembaharuan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan