25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Wanita ditahan tipu konsert artis popular tidak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita ditahan polis di sekitar Klang dua hari lepas, selepas dipercayai terlibat dalam penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud, kononnya melibatkan beberapa artis popular.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berumur 48 tahun yang didapati memiliki dua rekod lampau termasuk berkaitan kes penipuan itu, ditahan pada kira-kira pukul 10.40 malam, dan direman sehingga esok.

Beliau berkata, perbuatan wanita itu mula dikesan apabila seorang penyanyi rock tanah air berumur 53 mendapat maklumat daripada rakannya bahawa terdapat satu hantaran di Facebook mempromosikan sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari depan di Kota Kinabalu, Sabah.

Advertisements

“Suspek menawarkan penjualan tiket konsert berharga RM199 hingga RM649. Penyanyi itu menafikan ada ditawarkan atau menandatangani sebarang kontrak untuk menyertai konsert berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Terdahulu tular dalam media sosial satu poster konsert bertajuk Unplugged Living Legend yang memaparkan artis popular tanah air seperti Datuk Awie, Ziana Zain, Ella dan Erra Fazira selain vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, yang akan diadakan di Sabah tahun depan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan