30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

Peruntukan besar bukti komitmen kerajaan untuk pendidikan

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR

TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR

SAYA mengalu-alukan peruntukan Bajet 2023 bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion, kenaikan sebanyak RM3 bilion berbanding tahun 2022.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan memastikan pendidikan anak bangsa terus terpelihara. Di samping itu infrastruktur sekolah dapat dijaga, dipelihara dan dibaik pulih.

Manakala, kebajikan guru-guru juga terus dijaga dan dibela kerana guru adalah komponen penting Keluarga Malaysia dalam merealisasikan aspirasi Sekolah SEJAHTERA dan melahirkan pemimpin negara di masa hadapan.

Seluruh ibu bapa dan penjaga murid-murid tentunya bergembira mendapat “durian runtuh” Bantuan Awal Pembelajaran (BAP) kerana bukan sahaja kadar BAP dinaikkan dari RM100 kepada RM150 seorang murid.

Malahan tiada lagi terhad kepada ibu bapa penjaga berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, bahkan untuk semua ibu bapa tanpa mengira pendapatan.

Untuk ini, Bajet 2023 memperuntukan sebanyak RM825 juta bagi sektor pendidikan berbanding RM450 juta pada Bajet 2022.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga ditambah baik dengan penambahan bajet dari RM777 juta berbanding RM280 juta pada tahun 2020.

Kenaikan signifikan ini melibatkan penambahan bekalan susu kepada pelajar, sesuai dengan kenaikan harga bahan mentah.

Peruntukan bagi pembekalan makanan bermasak di Semenanjung dinaikkan dari RM2.50 kepada RM3.50 dan RM3 kepada RM4 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ini memberi manfaat kepada 800,000 murid-murid dan 7,300 pembekal makanan dan susu.

Baca juga:   Wan Kuzain ikat kontrak bersama Rio Grande Valley FC

Diharapkan pembekal yang berjaya memberikan khidmat terbaik membekalkan makanan berkhasiat, bersih dan selamat kepada murid dan tidak cuai dan sambil lewa.

Baca juga:   Bajet 2023: KPLB mohon peruntukan kelas pintar tabika Kemas

Kita sering mendengar cerita sekolah yang daif dan sekolah yang mempunyai kemudahan yang tidak mencukupi sehingga membuat kutipan derma untuk tujuan membantu sekolah memenuhi keperluan dan kemudahan untuk para murid.

Gambar Hiasan (Foto JohorKini)

Justeru, bajet tahun ini memperuntukan RM2.3 bilion untuk tujuan menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Dari jumlah tersebut RM1.1 bilion adalah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.

Manakala RM1.2 bilion adalah untuk pembaikan sekolah daif seperti menggantikan bangunan kayu lama terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, jumlah ini amat sedikit berbanding keperluan sebenar yang dianggarkan sebanyak RM15.08 bilion. meliputi 73 sekolah daif skala 7 dan 1,238 sekolah daif skala 6.

Kementerian Pendidikan perlu membuka ruang untuk pihak ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO), serta syarikat swasta membantu sekolah dalam membaiki prasarana dan kemudahan murid dengan menyediakan insentif cukai yang menarik.

Usaha Kerajaan membina lima buah sekolah baharu termasuk di kawasan Shah Alam, Selangor adalah amat tepat.

Kerajaan perlu mengambil kira demografi penduduk yang mengalami proses transmigrasi dan urbanisasi dari kawasan kampung melalui penghijrahan ke bandar dan pinggir bandar dan Kawasan perindustrian.

Justeru, ada ketidak-seimbangan bilangan murid di luar bandar yang mengalami kekurangan murid dan lebihan kemudahan dan limpahan murid di kawasan bandar-bandar pada setiap tahap sehingga 11 kelas dengan setiap kelas mempunyai 40 orang pelajar.

Baca juga:   KKM rancang saring 13,000 pekerja Top Glove

Ini akan menyebabkan kualiti pembelajaran mungkin merosot. Ini juga menyebabkan ketidakcukupan kemudahan kerusi, meja dan peralatan pembelajaran, bahkan bilik-bilik darjah.

Sebagai menghargai dedikasi dan pengorbanan guru, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri di Majlis Amanat Perdana Khidmat Awam Ke-18 pada Ogos lalu, kerajaan telah bersetuju menambah cuti rehat khas bagi pegawai perkhidmatan Pendidikan dari lima hari kepada 15 hari.

Baca juga:   KKM rancang saring 13,000 pekerja Top Glove

Ini memudahkan guru menguruskan urusan peribadi dan mengumpul GCR. Ini memberi manfaat kepada lebih 500,000 guru.

Guru juga menerima manfaaat Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 yang melibatkan Gred 11 hingga Gred 56.

Diharapkan ianya dapat memberi kelegaan dan motivasi kepada guru untuk memberi khidmat lebih baik dalam mendidik Keluarga Malaysia seterusnya membentuk pemimpin di masa hadapan.

Seperti biasa Bajet 2023 perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara seterusnya diluluskan.


Penulis adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia merangkap Yang Dipertua PIBG, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang.

Wartawan

Terkini

Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh...

Lagi Artikel Berkaitan