28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiga gempa bumi di Indonesia kurang sejam

Gempa bumi kuat  6.5 magnitud telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 7:10 pagi tadi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA gempa bumi kuat dan satu sederhana direkodkan melanda wilayah Papua serta Selatan Sumatera, Indonesia pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa bumi kuat  6.5 magnitud telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 7:10 pagi tadi.

“Gempa berpusat 1.1 darjah Selatan dan 98.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Kedudukannya 49 kilometer Barat Laut  dari Siberut, Indonesia.

Ia diikuti gempa bumi sederhana 5.8 magnitud di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 7.24 pagi.

“Gempa berpusat 0.7 darjah Selatan dan 98.7 darjah Timur dengan kedalaman 63 kilometer.

Kedudukannya 73 kilometer Barat Laut  dari Siberut, Indonesia.

Advertisements

Ia diikuti gempa bumi kuat 7.3 magnitud telah berlaku di wilayah Papua, pada jam 7.47 pagi.

“Gempa berpusat 6.2 darjah Selatan dan 146.5 darjah Timur dengan kedalaman 113 kilometer.

Kedudukannya 475kilometer Barat Laut  dari Lae wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Semalam, dua gempa sederhana melanda wilayah Papua di Indonesia.

Dilaporkan gempa bumi sederhana 6.2 magnitud melanda wilayah Papua di Indonesi dan diikuti dengan susulan gempa 5.8 magnitud beberapa minit kemudian pada 8.05 pagi.

“Gempa berpusat di 2.4 darjah Selatan dan 138.2 darjah Timur dengan kedalaman 26 kilometer.

Kedudukannya 279 kilometer Barat dari Jayapura, Indonesia

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan