25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Muncul juara Piala FA, Johor isytihar cuti hari ini

Mesti Baca

SUSULAN kejayaan skuad Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA 2022, kerajaan Johor mengumumkan hari ini sebagai cuti peristiwa khas bagi seluruh negeri itu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau berkata, pemberian cuti khas peristiwa itu sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan itu mengharumkan nama negeri Johor.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

JDT menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas enam tahun dengan menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kali terakhir JDT menjuarai Piala FA ialah pada tahun 2016.

Baca juga:   Piala Suzuki AFF: Malaysia, Vietnam, Indonesia satu kumpulan

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di laman facebooknya turut mengumumkan hari ini sebagai cuti khas peristiwa Johor.

“Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan JDT merangkul Piala FA 2022 menentang Terengganu FC, dengan jaringan gol 3-1.

“Bagi meraikan kemenangan ini, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 11 Sept 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.

Baca juga:   Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai

“Ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan. Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi,” katanya menerusi hantaran tersebut sejurus perlawanan berakhir malam tadi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan