29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Orang awam masih ada peluang beri maklum balas Bajet 2023

Enam pra-kenyataan Bajet 2023 telah dikeluarkan merangkumi hala tuju dan maklum balas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BIARPUN pengumuman Bajet 2023 berbaki 10 hari lagi, Kementerian Kewangan (MOF) masih memberi peluang kepada rakyat dan perniagaan untuk mengemukakan usul dan pandangan demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh semua kumpulan tumpuan.

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Datuk Shahrol Anuwar Sarman berkata, sesi libat urus Bajet 2023 bermula seawal bulan Mac di semua peringkat disusuli dengan konsultansi dan siri jerayawara yang lebih menyeluruh pada Mei.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 190 sesi libat urus telah diadakan dan 242 memorandum serta lebih 6,000 pandangan daripada orang awam berkaitan belanjawan telah diterima.

‘’Kami masih meneliti forum-forum yang diadakan kerana masih ada lagi sesi bual bicara berkaitan Bajet 2023 yang sedang berjalan. Kami ada portal khusus untuk menerima pelbagai maklum balas dan semuanya diperhalusi untuk dimasukkan dalam Bajet 2023.

Baca juga:   Zionis Israel serang Al-Aqsa, Hamas tidak berdiam diri

‘’Dalam tempoh 10 hari ini…masih ada ruang lagi, contohnya melalui media. Kami juga masih menerima e-mel dan sebagainya dan kami akan mengambil kira semua pandangan,’’ katanya pada program Bicara Naratif bertajuk ‘Pencapaian Bajet 2022: Apa yang berjaya dan apa yang boleh ditambah baik’ terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti dilaporkan Bernama.

Enam pra-kenyataan Bajet 2023 telah dikeluarkan merangkumi hala tuju dan maklum balas.

Shahrol Anuwar berkata, Bajet 2023 sama seperti Bajet 2022 yang berteraskan tiga tumpuan iaitu kesejahteraan rakyat, memacu ketahanan perniagaan dan pemulihan ekonomi serta masih terdapat elemen yang masih perlu diperkukuhkan.

Baca juga:   Bajet 2023 boleh direalisasikan melalui mandat baharu

Secara keseluruhan Bajet 2022 berada dilandasan tepat melihat kepada pencapaian yang telah dicapai merangkumi pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, kadar tenaga penuh, pengeluaran industri dan sektor pelancongan, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat golongan yang tercicir daripada bantuan yang disediakan di dalam Bajet 2022.

‘’Masih ada kelompok yang tidak sedar bantuan yang disediakan dan kami sedang memperinci mengenainya…kalau di luar bandar ia mungkin berlaku tetapi di kawasan bandar ada juga yang terlepas daripada manfaat belanjawan yang disediakan.

‘’Walaupun nilai bantuan yang disediakan mungkin kecil tetapi kita mahu ia memanfaatkan semua. Sehubungan itu, pihak kerajaan sedang memperhalusi perkara tersebut supaya dapat diatasi di dalam Bajet 2023,” katanya.

Baca juga:   Bajet 2023: MoF komited sokong sektor peranti perubatan

Wartawan

Terkini

Kutipan tol di lebuh raya DASH bermula esok

PENGGUNA Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, esok. DASH dalam kenyataan...

Lagi Artikel Berkaitan