25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Dua cadangan tingkat pendapatan pekebun kecil RISDA- KPLB

Antara cadangan itu ialah meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 ketika ini kepada lebih RM3.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengesyorkan dua cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan yang akan dikemukakan adalah meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 ketika ini kepada lebih RM3.

“Satu lagi cadangan adalah memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh daripada tiga bulan kepada enam bulan setiap tahun.

“Bagi cadangan memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh dari tiga bulan ke enam bulan, kos di pihak kerajaan akan meningkat dari RM200 juta ketika ini kepada RM400 juta setahun.

“Manakala untuk bagi cadangan untuk meningkatkan harga lantai melebihi RM3 pula, kos keseluruhan diperlukan, dijangka mencecah RM500 juta.

Baca juga:   2,288 pelajar terima tawaran pinjaman MARA ke luar negara

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Pekebun Kecil Makmur RISDA Peringkat Negeri Kedah di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Padang Terap, Kedah, hari ini.

Tambah Mahdzir, kerajaan boleh memilih mana-mana cadangan yang difikirkan sesuai dan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

“Perbezaannya kosnya nampak tidak ketara dalam membantu pekebun kecil dan mungkin kerajaan boleh pertimbangkan untuk melaksanakan salah satu daripadanya, bergantung kepada cadangan mana yang lebih baik.

Pihaknya kata Mahdzir bersama pengurusan tertinggi RISDA akan membincangkan inisiatif tersebut bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi minggu depan.

Baca juga:   KPLB lancar Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025

“Selepas itu, cadangan ini akan dibawa kepada perbincangan bersama Kementerian Kewangan. Apabila selesai perbincangan bersama tiga kementerian ini, inisiatif tersebut akan diangkat kepada Perdana Menteri secepat mungkin.

“Di peringkat itu, terpulang kepada Perdana Menteri sama ada untuk mengarahkan kami membuat kertas kerja bagi diangkat ke Kabinet atau ada keputusan lain,” katanya.

Tambahnya, kertas kerja tersebut turut akan memberi perhatian terhadap golongan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun atau tanah sendiri.

“Kadang-kadang beberapa pihak terlepas pandang terhadap golongan ini. Bagi pemilik kebun, mereka ada geran bagi mendaftar untuk mendapat beberapa faedah tetapi bagaimana pula nasib golongan penoreh getah yang tidak memiliki tanah ini?

Baca juga:   Mukhriz jagalah 'Parti Peluk Tubuh Anda', jangan sibuk soal MN

“Jadi, kita mahu turut memberi perhatian terhadap golongan ini. Kita mahu turut raikan mereka agar pendapatan masing-masing, dapat ditingkatkan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan