28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Projek LCS: Pemuda UMNO gesa SPRM bertindak, siasat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera bertindak dan melakukan siasatan berhubung isu perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga akan terus mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan.

“Apa-apapun Pemuda UMNO tetap berpendirian sebarang salah laku atau jika wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa, SPRM harus segera bertindak atau RCI mesti segera ditubuhkan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman, Asraf Wajdi berkata, ternyata penangguhan projek itu berlaku zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Penerangan mengenai status kapal LCS oleh CEO LTAT syarikat GLC yang mana pencarum atau pemiliknya di kalangan anggota dan pesara tentera yang juga pemilik Boustead Shipyard yang diberikan kontrak pembinaan enam kapal bernilai RM9 bilion.

“Penangguhan berlaku zaman PH memerintah 22 bulan. Apa-apapun Pemuda UMNO tetap berpendirian sebarang salah laku atau jika wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa, SPRM harus segera bertindak atau RCI mesti segera ditubuhkan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan