24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Najib sah ke penjara berkuat kuasa hari ini

Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana Mohd Nazlan telah memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PANEL lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, ini bermakna Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman berkuat kuasa hari ini.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana Mohd Nazlan telah memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.

Najib kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu pelupusan rayuan itu.

Pada 18 April lalu, Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan berkenaan.

Advertisements

Pada 29 April, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

Pada 26 Julai lalu, Najib memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir.

Muhammad Shafee telah mewakili Najib sejak Ahli Parlimen Pekan itu didakwa pada 4 Julai 2018.

Najib kemudiannya diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dalam prosiding pagi tadi memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mengemukakan permohonan melalui notis usul yang difailkan semalam agar Ketua Hakim Negara menarik diri daripada mendengar rayuan anak guamnya.

Najib mendakwa suami kepada Tengku Maimun telah menerbitkan hantaran menerusi laman Facebook berhubung dirinya.

Dalam afidavit sokongannnya, Najib berkata, beliau mendapat tahu pada 17 Ogos lalu, terdapat satu hantaran dibuat di laman Facebook pada 11 Mei 2018 oleh individu bernama Zamani Ibrahim berkaitan dirinya dalam prosiding rayuan akhir itu.

Bagaimanapun Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram hari ini menegaskan bahawa Mahkamah Persekutuan “bukan sarkas”, selepas pihak pembelaan memohon mengemukakan peguam lain untuk berhujah bagi permohonan meminta Ketua Hakim Negara menarik diri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan