25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lamar di TikTok, Abang Viva kini sah bertunang

Mereka berkongsi minat yang sama dan itu juga sebagai tanda sokongan untuk Azwan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menjadi sebutan apabila tular melamar pasangannya, Evanoza untuk dijadikan isteri ketika sedang melakukan sesi ‘TikTok Live’ di dalam kereta.

Bahkan, Abang Viva juga menunjukkan sebentuk cincin sebagai tanda keikhlasan dalam sesi media sosial secara langsung itu.

Azwan, 30, dilihat muncul dalam sebuah rancangan Nona bersama tunangnya secara ekslusif baru-baru ini, mengakui mereka kini sudah bertunang dan sedang sibuk menguruskan sebuah pertubukan bukan kerajaan (NGO) Abang Viva yang ditubuhkannya sendiri.

Berkongsi cerita, Azwan selesa menjalankan misi bantuan bersama tunangnya itu kerana mereka berdua mempunyai minat kepada usaha kebajikan serta turut dibantu oleh beberapa anggota lain.

Menurut Evanoza, sebelum ini dia membuat kerja sukarela bersama pasukannya sendiri dan baharu pertama kali melakukan tanggungjawab itu bersama Azwan di Baling, Kedah.

“Kami beri barang keperluan asas dan hantar rumah ke rumah,” katanya.

Menurutnya, mereka berkongsi minat yang sama dan itu juga sebagai tanda sokongan untuk Azwan.

“Mak pun tak adalah risau pergi sorang-sorong dan adalah heronya,” kata Evanoza.

Manakala Azwan pula sebaik ditanya mengenai perancangan di masa hadapan menyatakan rancangan untuk dirinya tiada, namun untuk NGO-nya dia bercadang untuk membeli sebuah van.

“… untuk dijadikan sebagai van pesakit yang saya akan buat secara percuma. Kalau ikutkan nak buat Van Jenazah tapi kalau Van Jenazah percuma ini terlampau ramai orang buat.

“Masalah yang saya dapat ada satu kes tu, dia nak hantar anak ke hospital memerlukan ambulans, kena bayar beratus jugalah. Jadi dari situ saya terfikir nak buat van pesakit sendiri,” katanya.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya mendoakan kebahagian Azwan dan tunangnya, Evanoza.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan