23.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 8, 2022

Bukti baharu tidak relevan, permohonan Najib ditolak

Bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan bukti baharu yang dimohon tidak relevan dengan rayuan tersebut.

Pada ketika ini, peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik sedang membuat permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhir.

Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan empat hakim lain mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya bagi membatalkan perbicaraan yang menyaksikan dia disabitkan kesalahan serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Baca juga:   'Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik' - Ebit Lew

Hakim Tengku Maimun mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semasa prosiding bermula pada 9.48 pagi semalam.

Hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Bukti tambahan yang cuba dikemukakan oleh Najib adalah berkaitan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank pada 2006, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan muktamad dalam pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam seluruh kumpulan.

Baca juga:   Tiada negara anggota Interpol sahkan keberadaan Jho Low

Sekiranya Najib gagal dalam permohonan ini, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan pada 28 Julai, 2020.

Najib, 69, diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan M. Rueben, manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Manjira Vasudevan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Terima kasih kerajaan sedia peruntukan besar untuk pendidikan

Oleh TAQIYUDDIN AMINI ABDUL SATAR SAYA mengalu-alukan peruntukan Bajet 2023 bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion, kenaikan sebanyak RM3 bilion...

Lagi Artikel Berkaitan