26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Beri kepercayaan, masa mencukupi – Reezal Merican

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Khas Jihad Tangani Inflasi yang dianggotai Jemaah Menteri perlu diberi sokongan dan kepercayaan semua pihak, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurutnya, pasukan yang mengawal selia soal komunikasi, kewangan, industri makanan, ekonomi, kepenggunaan serta ketangkasan sektor awam itu juga perlu diberi masa mencukupi untuk mengaktifkan pelan tindakannya.

Penubuhan sebuah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi seperti yang diputuskan Kabinet merupakan petanda jelas bahawa isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat akan menjadi tumpuan utama dan prioriti kerajaan dalam masa yang terdekat ini.

Ini memberi makna bahawa isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup merupakan isu yang perlu dinilai secara menyeluruh,” katanya lapor Astro AWANI.

Situasi mencabar seperti ini, katanya, tidak boleh diselesaikan hanya melalui ikhtiar kerajaan dalam mempertingkat perbelanjaan subsidi atau kerja kuat oleh beberapa buah kementerian strategik sahaja.

Tambahnya, kerajaan cukup objektif dalam hal ini kerana usaha tersebut tidak boleh dilakukan secara ‘silo’.

Sebaliknya, jelas Reezal Merican, usaha berkenaan memerlukan input, kerjasama serta pandangan daripada semua kementerian, agensi dan pihak terkait perihal cabaran kos sara hidup.

“Mesyuarat mereka yang pertama telah dilaksanakan dan komitmen untuk melibatkan lebih ramai individu dan mereka yang pakar dalam menangani situasi yang ada, amatlah dialu-alukan.

Advertisements

“Dalam hal ini juga, di peringkat KPKT, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha dan pengurusan tertinggi melihat pendekatan-pendekatan lebih kreatif ke arah pemulihan ekonomi dan menangani inflasi dapat dilakukan secara kolektif,” katanya.

Reezal Merican berkata, sebagai ahli Jemaah Menteri, penting untuk beliau melihat perkara tersebut secara dasar, yang menyentuh peranan kementerian sekurang-kurangnya dalam dua perspektif.

“Pertama, merangsang komuniti perniagaan melalui peranan Pihak berkuasa Tempatan seperti pelesenan dan kelulusan pembangunan.

“Dan kedua, memastikan peruntukan kementerian dibelanjakan sepenuhnya mengikut garis masa yang telah ditetapkan dalam separuh kedua tahun 2022 ini,” ujarnya lagi.

Reezal Merican menambah, langkah tersebut juga merupakan sebahagian usaha pasukan KPKT dalam menghadapi cabaran tersebut secara kolektif dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, khususnya menangani cabaran kos sara hidup.

Terdahulu, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai.

Advertisements

Terkini

BN sedia letak calon di Nenggiri jika PRK diadakan – Zahid

BARISAN Nasional (BN) sedia untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan jika...

Lagi Artikel Berkaitan