28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Remaja perempuan 16 tahun mati ditekup kekasih

Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA kerana salah faham antara pasangan kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran di Klang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa telah dibawa kekasihnya berusia 24 tahun ke rumahnya menggunakan Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian tersebut terbongkar apabila suspek berusia 24 tahun telah mengetuk pintu bilik tidur ibu bapanya selepas mengangkat mangsa dari biliknya ke halaman rumah.

“Semasa kejadian terdapat seorang lagi abang suspek yang tidur di rumah mangsa dan tiada bunyi bising didengari ahli keluarga suspek semasa berlakunya kejadian pembunuhan tersebut.

“Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

“Pegawai Perubatan yang kemudiannya tiba ke lokasi kejadian telah mengesahkan kematian mangsa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan didapati mangsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya selepas ibu bapa mangsa bercerai.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek dan mangsa telah bercinta selama setahun dan diketahui antara keluarga masing-masing.

“Berdasarkan siasatan awal berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa di bilik tidur tersebut dan suspek juga pernah membawa mangsa ke rumahnya beberapa kali sebelum ini,” jelasnya.

“Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup.

“Suspek yang ditangkap di lokasi kejadian kini direman sehingga 3 Julai ini dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan