26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kantoi iklan air ketum di FB, lelaki ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG peniaga udang di tepi jalan di Banting, Selangor sanggup datang ke Putrajaya bagi memenuhi permintaan air ketum kepada pelanggan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di di Presint 9, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki masih bujang yang tinggal bersama abangnya itu baru sahaja memulakan aktiviti itu dengan mengiklan di Facebook termasuk mengadakan khidmat penghantaran.

“Suspek yang turut mengiklankan air ketum di Facebook Komuniti Putrajaya mendapat bekalan dari seorang pembekal di Kuala Lumpur dengan harga RM10 sebungkus yang kemudiannya dijual dengan RM15.

Advertisements

“Ketika pemeriksaan polis merampas 10 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair air ketum dan suspek direman empat hari untuk siasatan kes mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama,” katanya.

Ujar beliau lagi, sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 10,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-duanya sekali.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan