24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Idris kecewa Google Play ‘padam’ aplikasi Hijrah Diri Jakim

Idris

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

APLIKASI Hijrah Diri yang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sejak 9 Mac lalu bagi membantu golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah masing-masing telah dikeluarkan daripada Google Play.

Sebelum ini, aplikasi berkenaan berhadapan tindakan digantung akibat maklum balas negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa ia merupakan satu bentuk conversion therapy (terapi penukaran).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau telah mengarahkan Jakim supaya mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan tindakan Google Play mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri daripada platform berkenaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak agensi di mana sebuah apps yang telah dibangunkan oleh Jakim iaitu Hijrah Diri, sebuah aplikasi untuk mengajak golongan LGBTQ kembali kepada fitrah diri, telah dikeluarkan oleh Google Play.

“Ternyata ini adalah perkara yang sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri mereka, apatah lagi menjelang bulan yang mulia Ramadan Al Karim, telah dinafikan oleh golongan tertentu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Idris juga mempersoalkan kewujudan banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda masa kini.

“Mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha kecil kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama melalui agensi utama iaitu, Jakim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dipermudahkan.

“Ini cabaran besar kita, dan mari kita tempuh bersama! Kepada Allah kita berserah setelah segala keringat kita baktikan untuk agama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan