25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mahathir tidak jujur kepada Majlis Raja-raja, rakyat – TMJ

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak jujur kepada Majlis Raja-raja Melayu berhubung Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tunku Ismail bertitah, bekas Perdana Menteri itu juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia berhubung kedua-dua isu tersebut.

Baginda bertitah, perkara yabg dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan menggugat kesejahteraaan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

Berikut kenyataan Tunku Ismail yang dimuat dalam media sosialnya hari ini:

Terima kasih Tun. Saya amat berbesar hati kepada Tun Mahathir (Mohamad) kerana turut mengatakan mengenai saya dalam buku terkini beliau berjudul Capturing Hope.

Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum.

Muka depan buku Capturing Hope tulisan Dr Mahathir Mohamad

Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan agama Islam.

Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.

Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

Perkara yabg dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu

Dengan menyerang institusi diraja, Tun tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh Tun termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.

Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara.

I will see you soon, Tun!

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan