29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Imigresen tahan 56 PATI dalam 6 serbuan berasingan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak berkuasa dalam enam serbuan berasingan termasuk di restoran nasi beriani, kolam pancing dan kedai urut yang dijalankan di sekitar daerah Melaka Tengah dan Jasin, semalam.

Kesemua warga asing yang ditahan itu berusia 25 hingga 45 tahun merupakan warga Vietnam, Thailand, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

Pengarah Imigresen Negeri, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, seramai 20 penguatkuasa telah menjalankan serbuan di enam lokasi yang dikenal pasti hasil aduan awam yang diterima.

“Secara keseluruhan seramai 105 individu telah diperiksa dan 56 ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, Pas Lawatan Kerja Sementara telah tamat tempoh dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Dalam serbuan pertama di sebuah restoran menjual nasi beriani, kita telah menahan seorang wanita Indonesia dan pemeriksaan seterusnya dilakukan di sebuah kolam pancing di Bukit Katil di mana tiga lelaki Bangladesh turut ditahan.

“Pasukan kami juga ke sebuah premis urut tapak kaki di Melaka Raya dan seramai enam wanita Thailand ditahan ketika sedang memberikan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi bersepadu itu pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga telah melakukan pemeriksaan di rumah pangsa di Taman Anika dan sebuah asrama pekerja warga asing di Lipat Kajang, Jasin.

“Serbuan kelima dijalankan di sebuah rumah pangsa dan empat lelaki warga ditahan ketika mereka sedang nyenyak tidur.

“Di lokasi terakhir di sebuah penempatan haram pekerja di Jasin, kita berjaya menahan 61 PATI. Kita dapati sebahagian daripada mereka yang ditahan ini telah dibawa masuk ke negara ini secara haram oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan menggunakan tenaga mereka,” katanya.

Ujarnya, kesemua yang ditahan dalam serbuan hampir enam jam berakhir pukul 3.30 pagi itu, telah di bawa ke Pusat Kesihatan Daerah bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan