28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Angka 107, Mahathir dan Anwar 3.0?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh RUDI HAIRI AZIZ

HARI ini Anwar Ibrahim mengaku secara terbuka bahawa blok pembangkang hanya mendapat sokongan 107 Ahli Parlimen.

Pakai matematik mudah, mereka tidak mempunyai majoriti. Lebih kukuh fakta matematik ini, Anwar sendiri yang akui!

Ini baru bercakap tentang kumpulan pembangkang. Belum lagi kita tengok sokongan kepada calon Perdana Menteri.

Bila sebut soal calon Perdana Menteri, rasanya angka 107 akan berkurangan.

Ramai juga yang memberikan komen dan pandangan bahawa blok pembangkang mendapat suntikan moral kuat bila mana Tun Mahathir Mohamad dan Anwar kembali bergabung tenaga.

Situasi pagi tadi, sedikit berbeza. Masing-masing hadir dengan niat dan agenda sendiri. Mungkin ada yang hadir kerana rasa diri mereka ‘big boss‘ dalam blok pembangkang.

Belum apa-apa, ada dalam kalangan blok pembangkang yang tidak puas hati apabila Mahathir seolah-olah hijack agenda Anwar.

Baguslah Anwar sudah dapat bekerjasama semula dengan Tun. Soal paling utama, siapakah yang sudi dan mahu mengalah kali ini?

Advertisements

Mengharapkan Tun mengalah dan menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri, itu perkara yang hampir mustahil. Dan tidak boleh diharap.

Kesediaan Tun menerima Anwar sebagai “calon PM” rasanya tidak mungkin. Banyak kali Tun ulang, Anwar bukan calon terbaik. oleh Anwar terima kekecewaan dan realiti ini sekali lagi?

Anwar perlukan undi Pejuang untuk meningkatkan jumlah sokongan. Memujuk parti nyamuk ini bukan perkara mudah. Apatah lagi, ia melibatkan Tun M.

Jika Tun M perlu bersetuju dengan seorang calon Perdana Menteri, orang itu pastinya bukan Anwar.

Pilihan pertama Tun pastinyalah dirinya sendiri. Tengku Razaleigh Hamzah mungkin pilihan kedua. Pilihan ketiga, barangkali Shafie Apdal. Pilihan keempat, Mukhriz Mahathir. Nasib cukup baik jika Anwar jadi pilihan kelima.

Demikianlah dendam politik yang tidak mungkin pernah surut. Apa sahajalah yang diusahakan pembangkang, mereka masih tidak mempunyai “nombor” dan “angka” yang cukup.

Keadaan inilah yang sebenarnya menjadikan suasana kalut. Persoalan besar yang masih belum pasti terjawab.

Apa nasib kita sebagai rakyat kalau Tun dan Anwar kembali menguasai dan terus bertelagah tak sudah-sudah?

  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan