30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

RichWell agih sumbangan makanan kepada 400 keluarga

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) menyumbang makanan keperluan asas kepada 400 keluarga yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Pangsapuri Bukit Angkasa di sini, semalam.

Menurut Timbalan Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd, sumbangan tersebut diperoleh daripada usahawan-usahawan dan orang ramai.

Kata beliau, RichWorks terpanggil apabila melihat kesusahan dialami anggota masyarakat di ibu negara hingga ada yang terpaksa mengibarkan bendera putih bagi mendapatkan bantuan segera.

“Sehubungan itu, pengagihan sumbangan kilat ini merupakan peringkat pertama selepas dilancarkan sendiri oleh Pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Dr Azizan Osman pada Ahad lalu.

“Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga terkesan setelah diberhentikan kerja, bisnes terpaksa ditutup, tidak dapat bekerja disebabkan operasi ditutup menyebabkan kehilangan punca pendapatan,” katanya ketika ditemui di PPR Pantai Ria.

RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks di mana ia menyasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah memberi bantuan hari raya kepada golongan asnaf, sumbangan makanan untuk petugas barisan hadapan dan ibadah korban.

Advertisements

Tambah Radz, RichWell berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM45,000 setakat ini.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Datuk Rosyam Nor bersama St Rosyam Mart Sdn. Bhd. yang membantu dari segi barangan dan Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang seterusnya diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Pengagihan sumbangan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menyalurkan sumbangan yang diterima untuk keluarga-keluarga yang memerlukan ketika ini,” jelasnya.

Radz memberitahu, pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sumbangan berjumlah RM1 juta bagi membantu kira-kira 10,000 keluarga terjejas.

“Kami mahu menunjukkan bahawa usahawan bukan hanya memikirkan soal bisnes dan keuntungan semata-mata sebaliknya memberi dan menyumbang kembali kepada masyarakat seperti selalu ditekankan oleh Azizan,” ujarnya lagi.

Bagi usahawan dan orang ramai yang mahu menyumbangkan bersama-sama RichWell, mereka boleh melayari laman sesawang richworks.com/RichWellBantu. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan