28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

5 hari berturut-turut dos vaksin lebih 400,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus meningkat dalam tempoh lima hari berturut-turut dengan 406,763 dos pemberian vaksin harian semalam.

Biarpun jumlah menurun sedikit berbanding kelmarin, namun pemberian dos vaksin harian COVID-19 yang diberikan kepada penduduk di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), masih melepasi angka 400,000.

Dengan kadar vaksinasi harian negara melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dengan lebih 400,000 dos suntikan diberikan sehari, Malaysia berada dalam landasan yang baik dalam usaha membentuk imuniti kelompok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, selama lima hari berturut-turut jumlah pemberian vaksin melepasi angka 400,000 sehari, dengan semalam merekodkan pemberian jumlah dos vaksin sebanyak 406,763 dos.

Advertisements

Jumlah itu sedikit berkurangan berbanding jumlah pemberian vaksin kelmarin dengan 460, 158 dos.

“Manakala, pada 14 Julai sejumlah 434,828 dos, 13 Julai (424,541 dos) dan 12 Julai (421,479 dos),”katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian semalam, sebanyak 276,905 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima.

“Manakala 129, 858 individu lagi telah menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya dalam hantaran Twitter beliau, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan