29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PEMULIH kurangkan beban rakyat – Dewan Ulama Pas

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dewan Ulama Pas menyifatkan pakej rangsangan PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan pelbagai kekangan berikutan penularan pandemic Covid-19.

Ketuanya, Dr.Nik Muhammad Zawawi Salleh turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut memberi  bantuan samarata kepada semua ahli Parlimen tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang.

‘’Semua ahli Parlimen Pas menyatakan komitmen dalam merealisasikan Program Bakul Makanan yang diperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi setiap ahli Parlimen. Pemberian seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara kita,’’ katanya juga Timbalan Pengerusi BBCPN.

Advertisements

Beliau berkata, melalui bantuan itu rakyat yang terjejas boleh mendapatkan bantuan melalui Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing dengan segera. 

‘’Saya juga mengharapkan agar semua rakyat dapat bersabar untuk melawan ancaman Covid 19 yang melanda negara. Kerajaan sangat memahami penderitaan yang dialami rakyat di semua peringkat.

”Namun nyawa manusia paling berharga dan mesti dijaga oleh kerajaan melalui usaha dan ikhtiar serta tawakal kepada Allah,’’ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan