24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemberian dos vaksin 6.82 juta, lebih 1.7 juta warga emas

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 6,823,104 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat 24 Jun di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Dr Adham menerusi perkongsian di Twitter berkata jumlah penerima dos pertama ialah 4,924,334 orang dan daripada jumlah itu, 1,898,770 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 251,260 orang, diikuti Johor (199,873), Sarawak (195,607), Perak (173,389) dan Kuala Lumpur (163,987).

Mengenai vaksinasi harian PICK, beliau berkata sebanyak 268,604 dos diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.

Menurut Dr Adham daripada jumlah itu, 175,201 merupakan penerima dos pertama manakala 93,403 adalah dos kedua.

Advertisements

Sementara itu, lebih 1.7 juta warga emas di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Data sehingga 20 Jun itu menunjukkan, daripada jumlah itu seramai 568,282 warga emas telah lengkap menerima dua dos suntikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peribadinya berbentuk barang keperluan bagi menyokong Program Komuniti Gerobok Rezeki di Desa Vista di Sepang, hari ini.

Menurutnya, kira-kira 2.6 juta daripada 3.2 juta warga emas di Malaysia mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapat suntikan COVID-19.

“Usaha berterusan untuk menggalakkan lebih banyak warga emas berdaftar mendapat vaksin dilaksanakan, antaranya advokasi dan pendaftaran dari rumah ke rumah oleh sukarelawan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan