31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

30,000 dos vaksin sehari di Sabah mulai Julai

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Jumlah vaksinasi harian di Sabah akan ditingkatkan kepada kadar 30,000 dos sehari pada Julai berbanding 13,000 dos vaksin sehari bulan ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, setakat 19 Jun, seramai 326,556 orang telah menerima suntikan vaksin di Sabah dan angka tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan segera.

Menurut beliau, kerajaan Sabah juga akan berusaha untuk memastikan lebih banyak bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca untuk rakyat Sabah.

“Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan dijadikan pusat pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swatsa (PIKAS) dengan sasaran 1,500 orang pekerja dalam sektor berkenaan akan menerima suntikan vaksin mereka sehari,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Kempen Sifar Pandemik COVID-19 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara maya dari Putrajaya dan Kota Kinabalu.

Majlis itu turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmy Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Datuk Sr Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Sementara itu, Dr Adham berkata, Kempen Sifar Pandemik COVID-19 itu adalah inisiatif bersama antara kerajaan Sabah dan Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan penanda aras baharu bagi masyarakat di negeri itu mencapai angka kes sifar harian dengan segera. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan