28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bersama PN selamatkan negara, seru Abdul Hadi

Mesti Baca

CYBERJAYA – PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Seruan itu dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau juga menyeru untuk bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

“PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal.

“Matlamat untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Abdul Hadi menambah, PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

Beliau memberitahu, PAS menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

“PAS menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.

Advertisements

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.

“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, namun PAS mempunyai kekuatan akar umbi dan kepimpinan yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Beliau menambah, kini, PAS disertai oleh kalangan ilmuwan dan mereka yang berpengalaman bersama rakyat bawahan, sama ada rakyat yang mengenal huruf dan buta huruf.

“Namun, hati mereka tidak buta, kerana kami berada dalam cahaya yang menyuluh perjalanan dan bermegah bersama Islam,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, apa gunanya jika seseorang itu nampak huruf dengan mata, tetapi akalnya tidak sihat kerana kerakusan nafsu terhadap kehidupan dunia tanpa wawasan akhirat, atau disebabkan pintu hatinya tertutup dan tidak layak mendapat hidayah.

“Walaupun dirinya bijak seperti Iblis yang pernah melihat syurga dan neraka atau para ulama ahli Kitab yang dimurkai oleh Allah SWT kerana berilmu tetapi mengkhianati ilmunya.

“Hal yang demikian kerana, akalnya masuk ke dalam perut, bukan lagi berada di kepalanya,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan